Saturday, August 20, 2011

6 Alasan Boyz Mula Curang -,-'



Tentu sedih bila si dia bermain kayu tiga. Payah rasa untuk you all terus menghadapi kenyataan yang perit nie. Apatah lagi mendapat kenyataan bahawa si dia sering berlaku curang. Saat boyz bertindak cursng, bermakna dia sedang berasa tidak bahagia dengan hubungan yang terjalin. Tetapi, ada juga boyz yang tetap curang walau hubungan berlangsung baik tanpa masalah. Apa kes? Serabut betul! Di sini saya temui 6 alasan di majalah Yezz! biasa mengapa boyz mula bertindak  mencari cinta yang lain.






1. RASA CINTA MULAI HAMBAR


 >Setelah sekian lama bersama, biasanya boyz cepat terasa kehilangan rasa kasih pada you all. Tiada sebab yang tepat tapi cuma bersandarkan pada perasaan dan keinginan. Terasa hambar datang dalam pelbagai situasi yang sukar dijangka. Sebahagian boyz menngalami hal yang demikian hanya untuk mengalihkan perhatian dan hati mereka buat gurlz lain, Permasalahan hanya akan berakhir bila kehilangan pasangan mereka yang sebernanya.





2. YOU ALL RASA CEREWET DAN KUAT MENGOMEL


>Mungkin  you all rasa tak adil tapi inilah alasan yang kerap diberi. Hakikatnya gurlz memang cenderung mengomel waktu menghadapi ketidakpuasan atau sebarrang perkara yang tidak disukai. Pendek kata, membebel memang sifat natural gurlz. Cuma tahap bebelan kadang-kala terlalu berlebihan. Hal nie sebernanya membuat si dia sakit kepala. Lantas, boyz kerap mencari teman terdekat yang boleh memahami dirinya. Orang tu tentu saja gurlz lar!





3. YOU ALL MUDAH MEMAAFKAN


 >Memang banyak gurlz cepat memaafkan ketidaksetiaan si dia. Jika cinta menjadi alasan, maka hal nie sering dimanfaatkan oleh para boyz. Sehingga dengan mudah boyz akan sering bercakap bohong, meminta maaf lalu semua kembali seperti biasanya. Ia terus berputar bagai kitaran selagi maaf begitu mudah untuk dipinta.





4. YOU ALL TAK LAGI MAMPU MENBAHAGIAKAN SI DIA


 >Jalinan cinta  yang terlalu lama akan mebuat si dia "penat". Bila sampai ke tahap  nie, boyz akan mula mengabaikan you all. Tentu saja hal nie ada berkait rapat dengan situasi awal hubungan you all terjalin. Boyz tak lagi teruja memandang you all dan melayan mesra seperti sebelumnya. Sebaliknya, mereka mula melakukan terapi dengan mendekati gurlz lain untuk mengebalikan bahagia yang pernah dirasainya dulu.





5. MEMBALAS KECURANG YANG PERNAH YOU ALL LAKUKAN


>Boyz satu makhluk yang tinggi egonya. Mereka cenderung untuk mengubati kekecewaan yang dialami dengan melakukan hal serupa. Jika gurlz pernah bertindak curang, maka tidak hairanlah jika si dia akan melakukan hal yang sama. Perbuatan nie dilakukan demmi menyamakan kedudukan. Baru adil katanya!





6. BOYZ SERING CEPAT TERGODA


 >Kebanyakkan boyz cepat tumpas dan tidak dapat bertahan jika ada gurlz mula menggodanya. Apatah lagi jika ada ajak-ajakan serta yang berunsur ke bentuk seksual. Kehadiran gurlz lain menawar untuk bermain cinta boleh saja membuat boyz memiliki peluang untuk menerima ajakan. Bila sampai ke tahap nie, kecurangan tidak boleh dihindarkan lagi.